Connect with us

Isu Semasa

Luahan Sedih Siti Kasim Rakan MeninggI Akibat Pemandu Mbuk. Tapi Beribu Emoji ‘Ketawa’ Jadi Persoalan

Siti Kasim yang juga aktivis sosial telah meluahkan rasa sedih di atas kem4tian seorang rakannya yang terlibat kmIangan akibat diInggar pemndu mabvk dalam satu hantaran di Facebook. Sedih dengan kejadian menimpa Allahyrham Khairul Anuar, peguam itu mengenang kembali detik pertemuan beliau bersama temannya lebih sedekad lalu. ” Pertama kali bertemu dia kira-kira 11 tahun lalu […]

Published

on

Siti Kasim yang juga aktivis sosial telah meluahkan rasa sedih di atas kem4tian seorang rakannya yang terlibat kmIangan akibat diInggar pemndu mabvk dalam satu hantaran di Facebook.

Sedih dengan kejadian menimpa Allahyrham Khairul Anuar, peguam itu mengenang kembali detik pertemuan beliau bersama temannya lebih sedekad lalu.

” Pertama kali bertemu dia kira-kira 11 tahun lalu pada malam larian untuk Orang Asli.

” Saya tak berlari. Saya di situ untuk memberi sokongan moral kepada pelari yang terlibat mengumpul dana untuk Orang Asli.

” Saya harus mengakui bahawa saya kagum padanya lagipun dia ada rupa yang baik dan percaya dengan apa yang saya lakukan.

” Seorang lelaki yang kuat dengan sifat belas kasihan kepada yang memerlukan.

” Saya harap dia dikelilingi lebih banyak kasih sayang sewaktu hayatnya. Saya juga harap sifat kasih sayang itu juga telah ditunjukkan oleh saya kepadanya.

” Kamu akan sentiasa dalam ingatan dan kerinduan selamanya, Khairul Anuar,” luah Siti dalam hantaran di Facebook semalam.

Khairul Anuar dilapor m4ut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempvh pemndu mabvk di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu negara dekat sini, jam 6 pagi semalam.

Khairul, 42, yang juga pembonceng motosikal meninggI dnia di tempat kejadian dan rakannya dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kedua-dua mangsa merupakan pekerja syarikat kurier yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Terima beribu emoji ‘ketawa’..

Sementara itu menerusi pemerhatian di ruangan komen Facebook Siti Kasim, segelintir pihak dilihat mempersoalkan kewajaran lebih 5,200 tanda ‘ketawa’ yang diberikan warga maya ke atas hantaran tersebut.

” Sangat tidak faham bagaimana sesetengah orang boleh meletakkan emoji ketawa. Apabila ia (kem4tian) berlaku kepada kamu atau keluarga kamu nanti mungkin kamu akan faham bagaimana perasaan orang lain,” tulis Vetri.

” Ini tidak betul. Mengapa orang bertindak seperti ini? Apa yang telah terjadi pada masyarakat kita sekarang. Malu pada mereka ini kerana telah hilang semua rasa kesopanan dan diselubungi oleh kebencian. Tidak ada agama yang akan membenarkan tingkah laku tersebut,” tulis Kawaljeet pula.

Namun, ramai juga yang mengucapkan takziah dan simpati, sambil menyifatkan Khairul Anuar seorang yang meminati muzik rock dan gemar membuat amal kebajikan.

Siti Kasim minta larang sekolah tahfiz juga kerana..

Perdebatan hangat di ruangan komen hantaran Siti itu dipercayai susulan kenyataan aktivis tersebut beberapa hari lalu yang membantah cadangan PAS agar lesen jualan arak digantung sehingga langkah diambil bagi membanteras gejala pemndu mabvk.

Menganggap cadangan itu tidak munasabah dan bersifat berat sebelah, Siti berkata masalah berpunca akibat sikap cuai pemndu.

” AIk0hol bukanlah masalahnya. Peminum yang tidak bertanggungjawab adalah masalahnya. Sama seperti sekolah tahfiz tidak menjadi masalah. Pengurusan yang menguruskan sekolah adalah masalahnya.

” Anda mahu melarang aIk0h0I hanya kerana ia sesuai dengan anda? Maka larang sekolah tahfiz juga kerana banyak merosakkan anak-anak kita yang tidak bersalah,” tulis Siti pada hantaran empat hari lalu.

Sumber : Hiburan Hangat

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending