Connect with us

Isu Semasa

Kita Takkan Tutup Pintu Untuk Mereka Selamanya, Beri Masa Untuk Kerajaan Bincang- Menteri

Nasib golongan bujang untuk pulang ke kampung halaman setelah lama terp1sah dengan keluarga akan diketahui dalam masa terdekat. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah mula berbincang dari semasa ke semasa mengenai beberapa kelonggaran termasuklah kehendak golongan bujang untuk pulang ke pangkuan keluarga. “Jadi yang bujang yang rindukan […]

Published

on

Ya Nasib golongan bujang untuk pulang ke kampung halaman setelah lama terp1sah dengan keluarga akan diketahui dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob Sabri berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah mula berbincang dari semasa ke semasa mengenai beberapa kelonggaran termasuklah kehendak golongan bujang untuk pulang ke pangkuan keluarga.

“Jadi yang bujang yang rindukan kampung halaman ini beri masa kepada kita untuk kita bincangkan bila mereka boleh memulakan perjalanan nanti.

“Jadi InsyaAllah kita tidak akan tutup pintu untuk mereka selama-lamanya.

“InsyaAllah kita akan beri peluang juga, beri kita masa untuk berbincang dulu ya,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi ke 31.20.
Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. (31 Mei 2020)

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Saturday, 30 May 2020
Sumber: Siakap Keli

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending