Connect with us

Isu Semasa

Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-49, TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Makin Anggun!

DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-49 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan […]

Published

on

DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN

Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-49 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!

Tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin. Menerusi perkongsian gambar di Selangor Royal Official hari ini, sememangnya ramai rakyat terpegun dengan keanggunan dan kejelitaan milik baginda. Lebih istimewa sempena hari kelahiran baginda tahun ini dan buat julung kalinya laman rasmi keluarga diraja Selangor ini berkongsi potret DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan perhiasan mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah.

Yang pasti, perkongsian tersebut sarat dengan nilai sentimental tersendiri buat keluarga diraja Selangor dan menyerlahkan lagi pesona Tengku Permaisuri Norashikin.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan perhiasan mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah

Berita perkahwinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat meskipun sudah hampir empat tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sharafuddin.

Dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga
merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.

Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Empat tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin
sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.

Menerusi gambar-gambar Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan baginda gemar mengenakan aksesori rantai dan subang mutiara. Malah, baginda juga cukup elegan menyarung busana tradisi seperti kurung dan kebaya.

 

Sumber: Instagram Selangor Royal Official , Nona

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending