Connect with us

Tips/Petua

“Apa Itu Baja Organik?”- Ini Antara Petua Berguna Penggunaan Baja Organik!

Baja organik adalah sejenis baja semulajadi yang dihasilkan daripada bahan yang mengalami proses pereputan dan baja tersebut menghasilkan nutrien yang sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan. 1. Contoh baja organik adalah baja najis daripada lembu, ayam,arnab, kambing, kuda. Selain itu, kompos cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan dan guano juga merupakan baja organik. Galian asli seperti fosfat batu […]

Published

on

Baja organik adalah sejenis baja semulajadi yang dihasilkan daripada bahan yang mengalami proses pereputan dan baja tersebut menghasilkan nutrien yang sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan.

Contoh baja organik adalah baja najis daripada lembu, ayam,arnab, kambing, kuda. Selain itu, kompos cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan dan guano juga merupakan baja organik. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organik.

Bagi baja Kompos, penghasilannya adalah secara penguraian daripada sisa-sisa tanaman. Produk akhir baja kompos adalah berwarna perang kehitaman dengan baunya seperti tanah.

Cara proses baja organik daripada jenis najis haiwan adalah dengan menjemur najis tersebut selama dua hingga tiga bulan. Tanda-tanda najis tesebut sudah siap untuk dijadikan baja adalah apabila ia sudah kering dan tidak berbau kuat.

Kos bagi baja organik adalah sekitar RM50 hingga RM100. Ini adalah untuk baja sebatian NPK seberat 25kg. Manakala baja najis haiwan yang sudah siap proses hanyalah sekitar RM5 sehingga RM10 seguni.

Sedia maklum, baja organik sangat berbeza dengan baja kimia kerana baja kimia hanya memfokuskan kepada nilai nutriennya sahaja.

Manakala, baja organik merupakan baja menyeluruh yang menjaga kepentingan nutrien untuk tanaman dan juga tanah.

Anda digalakkan untuk menggunakan baja organik kerana ianya memberi kesan yang baik kepada tanaman dan tanah. Sekiranya tanah tersebut bagus dan baik ianya akan menghasilkan tumbuhan yang subur dan mekar. Pemberian baja hendaklah seimbang agar mampu memberi sumber nutrien yang mencukupi.

Sumber: Rentas Asia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending