Connect with us

Tips/Petua

Wajah Kekal Awet Muda, Otak Cerdas Dengan Air Pegaga?

Cara penanaman daun pegaga sangat mudah sekali. Pertama, cari bekas atau pasu kosong. Gabungkan separuh tanah kompos dan separuh pasir dan masukkan ke dalam bekas. Seterusnya tanam pegaga ke dalam bekas. Siramkan dengan air lalu letakkan dibawah tempat yang teduh dan kurang pendedahan matahari. Kelebihan tanam pegaga adalah ianya tidak memerlukan cahaya yang banyak untuk […]

Published

on

Cara penanaman daun pegaga sangat mudah sekali. Pertama, cari bekas atau pasu kosong. Gabungkan separuh tanah kompos dan separuh pasir dan masukkan ke dalam bekas.

Seterusnya tanam pegaga ke dalam bekas. Siramkan dengan air lalu letakkan dibawah tempat yang teduh dan kurang pendedahan matahari. Kelebihan tanam pegaga adalah ianya tidak memerlukan cahaya yang banyak untuk hidup.

Hasilkan lubang sedalam 2cm dalam keatas medium-medium tersebut agar memudahkan kerja-kerja penanaman pokok pegaga nanti. Jarak dari lubang ke lubang adalah 10cm sudah memadai, ini kerana pokok pegaga cepat membiak secara menjalar.

Pegaga hendaklah disiram sebanyak 2 kali sehari setiap hari. Bagi pembajaan pula, baja tahi ayam sangat sesuai untuk digunakan.

Pegaga membiak dengan cepat dan dalam tempoh tiga bulan hasilnya boleh dituai.

Pegaga dikatakan kurang mengalami penyak1t dan diserang serangga perosak. Namun, sekiranya kawasan tanaman pegaga terlalu lembap ataupun terlalu panas, ianya akan mer1sikokan untuk mendapat serangan penyakit layu bakteria.

Proses mencantas rumput yang tumbuh di sekeliling pegaga hanyalah menggunakan tangan. kebiasaanya, sesuai dilakukan proses ini selama 2 minggu sekali.

Daun Pegaga ini dianggarkan boleh dijualkan dengan harga seikat RM 0.50 sen.

Pegaga dikatakan berkhasiat untuk awet muda.Ianya telah lama digunakan dalam perubatan Ayurveda di India lebih kurang 2000 tahun yang lalu dan juga perubatan Shennong di China.

Menurut WHO, pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan otak dan keupayaan mental kanak-kanak. Caranya adalah meminum rebusan air pegaga dengan madu.

Rentas : Rentas Asia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending