Connect with us

Entertainment

Lelaki 40-an Pilihan Miera Leyana Sebagai Suami!

Pelakon Miera Leyana selamat menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota malam tadi. Dengan sekali lafaz, Miera 27, bergelar isteri kepada Roslan Othman, 40-an. Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Miera sendiri, Datuk Seri Kasmi Arsat kira-kira pukul 8.45 malam. Pelakon drama Memori Cinta […]

Published

on

Pelakon Miera Leyana selamat menamatkan zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota malam tadi.

Dengan sekali lafaz, Miera 27, bergelar isteri kepada Roslan Othman, 40-an.

Pasangan tersebut diijabkabulkan oleh bapa Miera sendiri, Datuk Seri Kasmi Arsat kira-kira pukul 8.45 malam.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM100.

Miera berkata, dia dan suami bersyukur pada Allah SWT  kerana akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah.

“Saya mengucapkan terima kasih atas doa dan restu dalam penyatuan dua hati pada malam ini.

“Secara jujurnya, saya tak sangka akan mengahwini seorang lelaki yang pada awalnya hanya sekadar teman baik. Kami memang tak beriya-iya bercinta seperti pasangan lain, cuma saya sangat selesa berkawan dengannya,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo! Online.

Pasangan itu mula berkenalan dalam sebuah majlis pelancaran yang dihadiri mereka kira-kira empat tahun lalu.

Berkongsi detik indah, kata Miera dia terkejut apabila Roslan meluahkan isi hati dan melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri pada Mei lalu.

Sumber : Gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending