Connect with us

Isu Semasa

Saran Pelitup Muka Fabrik Percuma Untuk Pelajar

AHLI Parlimen Gopeng, mencadangkan kerajaan memberi pelitup muka jenis fabrik percuma kepada pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan pemakaian wajib mulai 1 Ogos. Dr Lee Boon Chye berkata, bantuan daripada kerajaan itu dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa menyediakan pelitup muka kepada anak mereka bagi menghadiri sesi pembelajaran di sekolah. “Saya cadangkan dua unit pelitup […]

Published

on

AHLI Parlimen Gopeng, mencadangkan kerajaan memberi pelitup muka jenis fabrik percuma kepada pelajar sekolah selaras dengan pelaksanaan pemakaian wajib mulai 1 Ogos.

Dr Lee Boon Chye berkata, bantuan daripada kerajaan itu dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa menyediakan pelitup muka kepada anak mereka bagi menghadiri sesi pembelajaran di sekolah.

“Saya cadangkan dua unit pelitup muka yang boleh dibasuh diberikan kepada 5.4 juta pelajar merangkumi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah yang turut terdedah dengan anc4man C0vid-19,” katanya di sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, kos bagi seunit pelitup muka itu bawah harga RM2 dan ia boleh diulang guna untuk tempoh masa panjang.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum mulai 1 Ogos.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mahu kerajaan menguatkuasakan penurunan harga siling pelitup separuh muka kepada RM1.20 daripada RM1.50, lebih awal iaitu mulai 1 Ogos berbanding 15 Ogos yang ditetapkan sebelum ini. Ini selaras dengan langkah mewajibkan pemakaian pelitup muka, mulai 1 Ogos.

Sumber : Hmetro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending